Koleksi Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran Gred KP19. Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada bulan ini? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian psikometrik bulan ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi.
Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak
SPA. Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab
dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit hingga 1 jam 30
minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.
Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi
percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda. Pihak
SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan ujian
psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting!
Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana
cara menjawabnya!
Format Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19
Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian
psikometrik ini.
Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan
sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 199 soalan? So, 1 soalan
cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.
Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi
menjawab soalan berbentuk psikologi ini.
Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan
‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan
jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti)
ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak
Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda
dalam membuat pilihan.
Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana
anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda
terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai
anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri
anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak
merasa diri sendiri sahaja yang betul.
Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi
yang merangkumi perkara berikut :
1. Personaliti
2. Motivasi
3. Kejujuran
4. Integriti
5. Kebolehan Sosial
6. Kestabilan Emosi; dan
7. Disiplin
Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik
Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda
hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang
baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan
diri anda.
Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi
yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan
jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama
bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!
Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap
anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang
lain’;
1. Saya rasakan tidak
perlu mendengar pandangan orang lain.
2. Saya tidak suka
pandangan saya ditolak.
3. Hasil mesyuarat
kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.
Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam
diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan
dan pandangan orang lain’.
Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang
agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda,
pastikan anda menjawab secara konsisten.
20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19
Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian
Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan psikometrik yang
pernah ditanya sebelum ini;
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju
8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju
11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
15. Saya mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia
bermula.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tidak setuju
19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik
daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
** Jawapan yang di BOLD kan hanya cadangan jawapan. Anda boleh menjawab
mengikut pendapat anda. Tujuan ujian psikometrik adalah untuk mengetahui “siapa
anda” !
Dapatkan Ebook Ujian Psikometrik PSEE Khas Untuk Tahun 2024
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki
peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang
pihak kami keluarkan di bawah.
Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini
ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk
Rujukan anda.
Apa yang anda akan dapat dalam pakej eBook ini (Pakej Advance)?
- Rujukan PSIKOMETRIK (Rujukan
& 200 Soalan Psikometrik)
- 241 Senarai Agensi Kerajaan
- 7 Langkah Strategik Agensi
Kerajaan
- Teknik Jawab Soalan Temuduga
Kerajaan
- Rahsia Penulisan Resume
- 250 Soalan Temuduga
- Rahsia Kejayaan &
Kegagalan Temuduga
Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.
EBOOK INI SESUAI
UNTUK UJIAN PSIKOMETRIK SEMUA JAWATAN DI PORTAL SPA MALAYSIA TAHUN 2024
Selepas pengesahan pembelian dilakukan. Kami akan emailkan TERUS pautan
untuk akses ke laman muat-turun eBook ini. Tiada sebarang pengeposan dilakukan
memandangkan ini bukan buku fizikal tetapi buku digital (dalam bentuk PDF).
Beli sekarang, dapat sekarang!
Jika terpanggil ujian psikometrik seperti dibawah ini, ebook ini sangat sesuai untuk anda semua..
Semoga perkongsian Koleksi Soalan Ujian Psikometrik Pembantu
Pendaftaran Gred KP19 ini membantu calon-calon ujian psikometrik yang
tak lama lagi dijalankan.
Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain
yang terlibat dengan peperiksaan nanti. Semoga bermanfaat untuk semua.
0 Comments