200 Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

200 Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa Gred KP19. Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada bulan ini? Tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian psikometrik bulan ini. Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi.

199 Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa Gred KP19


Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak SPA. Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 60 minit hingga 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak hampir 200 soalan.

Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda. Pihak SPA berkemungkinan akan mengubah soalan dan tempoh masa menjawab soalan ujian psikometrik. Walaubagaimanapun, itu tak penting!

Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana penilaiannya dan bagaimana cara menjawabnya!

               

Format Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Kekangan masa adalah MASALAH utama ketika menjawab soalan ujian psikometrik ini.

Ini kerana dengan jumlah soalan yang banyak dengan masa yang diberikan sangat kritikal, boleh dikatakan hanya 90 minit untuk 199 soalan? So, 1 soalan cuma ada 45 saat untuk memikirkan jawapan untuk 1 soalan.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu faham dan buat latih tubi menjawab soalan berbentuk psikologi ini.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Ada berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup seharian. Sikap anda, cara berfikir, tindakan anda terhadap anda sendiri dan persekitaran. Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda sendiri seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin

 

Teknik Menjawab Soalan Ujian Psikometrik 

Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!

Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
  3. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.


20 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan psikometrik yang pernah ditanya sebelum ini;

 

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran. 

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju

e. Sangat setuju

 

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju

e. Sangat setuju

 

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

15. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah.

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju

e. Sangat setuju

 

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tidak setuju

 

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah

 

20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju

e. Sangat setuju


** Jawapan yang di BOLD kan hanya cadangan jawapan. Anda boleh menjawab mengikut pendapat anda. Tujuan ujian psikometrik adalah untuk mengetahui “siapa anda” !

 

Dapatkan Ebook Ujian Psikometrik PSEE Khas Untuk Tahun 2024

Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.

Panduan lengkap ini dipakejkan dengan nota dan contoh soalan terkini ujian psikometrik. Dimuatkan juga contoh Soalan Matematik Psikometrik Untuk Rujukan anda.

Apa yang anda akan dapat dalam pakej eBook ini (Pakej Advance)?

  • Rujukan PSIKOMETRIK (Rujukan & 200 Soalan Psikometrik)
  • 241 Senarai Agensi Kerajaan
  • 7 Langkah Strategik Agensi Kerajaan
  • Teknik Jawab Soalan Temuduga Kerajaan
  • Rahsia Penulisan Resume
  • 250 Soalan Temuduga
  • Rahsia Kejayaan & Kegagalan Temuduga

Klik pautan di bawah untuk ke laman muat turun.

EBOOK INI SESUAI UNTUK UJIAN PSIKOMETRIK SEMUA JAWATAN DI PORTAL SPA MALAYSIA TAHUN 2024

Selepas pengesahan pembelian dilakukan. Kami akan emailkan TERUS pautan untuk akses ke laman muat-turun eBook ini. Tiada sebarang pengeposan dilakukan memandangkan ini bukan buku fizikal tetapi buku digital (dalam bentuk PDF). Beli sekarang, dapat sekarang!

Semoga perkongsian 200 Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 ini membantu calon-calon ujian psikometrik yang tak lama lagi dijalankan.

Kongsikan juga nota & contoh soalan ini dengan rakan anda yang lain yang terlibat dengan peperiksaan nanti. Semoga bermanfaat untuk semua.

Post a Comment

0 Comments