Senarai Pusat Pengajar OSH Coordinator Kompeten Di Malaysia. Anda sedang mencari Pusat Pengajar Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( OSH-Coordinator ) yang kompeten?
Sebelum anda menghadiri sebarang kursus OSH-C, perkara pertama yang anda perlu ketahui adalah "Adakah pusat pengajar tersebut berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(DOSH/JKKP)?" jika berdaftar, baru lah anda join kursus tersebut kerana apa gunanya hadir kursus kompetensi tetapi tidak diiktiraf JKKP?
Senarai Pusat Pengajar OSH Coordinator Kompeten Di Malaysia
Untuk makluman anda, pihak JKKP Malaysia telah mengemaskini dan sentiasa mengemaskini Pusat-Pusat Pengajar yang kompeten di seluruh Malaysia.
Cara untuk Semak Pusat Pengajar OSH Coordinator yang Kompeten di Malaysia adalah mudah saja.
Langkah 1: Layari laman web JKKP >> https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/persijilan/approval/senarai-pusat-pengajar-yang-kompeten
Langkah 2: Pilih Pusat Pengajar Bagi Kursus Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan klik PAPAR
Setakat ini, terdapat 83 pusat pengajar yang berdaftar (kompeten) dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (kemaskini setakat 16 November 2023)
Semoga membantu.
0 Comments