Contoh Tanda Amaran Stor Bahan Kimia Merbahaya Kepada Kesihatan

Contoh Gambar Tanda Amaran Stor Bahan Kimia Merbahaya Kepada Kesihatan. Adakah anda sedang mencari contoh-contoh gambar tanda amaran stor penyimpanan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan? Ada dapat Notis atau Surat Arahan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

Kami disini nak bantu anda selesaikan permasalahan tersebut. Kewajipan untuk memasang tanda amaran keselamatan bahan kimia merbahaya kepada kesihatan ini boleh diketahui dalam Peraturan 29(1)(2)(3), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan ahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000


Peraturan 29(1)(2)(3), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan Dan Standard Pendedahan ahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000


Dibawah peraturan ini, majikan dikehendaki memasang tanda amaran dengan keperluan seperti dibawah:

  1. Memberi amaran tentang bahaya
  2. Ditulis dalam bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris
  3. Dicetak dengan warna merah tua berlatar belakangkan warna putih
Sebagai gambaran jelas kepada maksud peraturan diatas, dibawah ini merupakan gambar contoh Tanda Amaran Stor Bahan Kimia Merbahaya Kepada Kesihatan yang sepatutnya dipasang.


Contoh Tanda Amaran Stor Bahan Kimia Merbahaya Kepada Kesihatan

Contoh Tanda Amaran Stor Bahan Kimia Merbahaya Kepada Kesihatan


Tulisan: Warna Merah Tua
Latar belakang: Putih
Pictogram: Mengikut pictogram bahan kimia yang anda gunakan

Walaubagaimanapun, contoh tanda amaran selalunya akan diberikan oleh pihak pengapit didalam laporan CHRA (Chemical Health Risk Assessment). Anda hanya perlu meneliti dibahagian RECOMMENDATON.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk penambahbaikan sistem pengurusan bahan kimia di tempat anda.

Post a Comment

0 Comments