Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11. Adakah anda dipanggil menduduki peperiksaan SPA untuk Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda yang berjaya dipanggil ujian ini. Jawatan Pembantu Awam Gred H11 ini akan ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Anda adalah calon yang bertuah kerana berpeluang membuktikan keupayaan anda menjawab soalan-soalan berbentuk psikologi. Disini kami akan kongsikan contoh-contoh soalan ujian psikometrik bagi Ujian Psikometrik SPA yang terkini.


Apa Itu Ujian Psikometrik?

Ujian psikometrik ini adalah salah satu seksyen dalam penilaian pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Seksyen ini adalah berkaitan dengan ujian psikometrik yang perlu dijawab dalam masa yang pantas. Kebiasaannya diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menyelesaikan sebanyak 199 soalan psikometrik.

Dalam ujian psikometrik, calon dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :

  1. Personaliti
  2. Motivasi
  3. Kejujuran
  4. Integriti
  5. Kebolehan Sosial
  6. Kestabilan Emosi; dan
  7. Disiplin


Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti bagaimana).

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; "Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!'.


Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab Seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

  • Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
  • Pembantu Pendaftaran Gred KP19
  • Pembantu Arkib Gred S19
  • Penghantar Notis Gred N11
  • Pembantu Awam Gred H11
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pemandu Kenderaan Gred H11
  • Pemandu/Operator Jentera Pemunggah H11
  • Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • Pembantu Akauntan Gred W19
  • Pembantu Penilaian Gred N11
  • Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  • Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  • Penolong Pegawai Tanah Gred NT29
  • Penolong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29
  • Jururawat Gred U41
  • Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred JA29
  • Pemeriksan Kilang dan Jentera Gred J41
  • Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
  • Pegawai Pertanian Gred G41
  • Pegawai Undang-Undang Gred L41
  • Pegawai Psikologi Gred S41 (Klinikal)
  • Pemandu/Operator Jentera Pemunggah Gred H11
  • Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Anggota)
  • Pegawai Penyelidik Q41
  • Penolong Pegawai Veterinar G29
  • Pegawai Sains C41(Kimia Hayat)
  • Penolong Juruukur JA29
  • Jawatan Lain Gred 41 & Gred 29 (bergantung kepada keperluan semasa pihak SPA)


Cara Menjawab Soalan Ujian Psikometrik SPA

Dalam ujian psikometrik ini, anda tidak seharusnya menjadi hipokrit, anda hanya perlu sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti yang baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Untuk pengetahuan anda, soalan ujian ini direka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda. Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten. Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian seperti lalang!

Cuba perhatikan soalan dibawah..contoh soalan yang bakal memerangkap anda berdasarkan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’;

  1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.
  2. Saya tidak suka pandangan saya ditolak.
  3. Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Semua pernyataan diatas mewakili nilai “aura negatif” dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Jawapan anda untuk semua 3 pernyataan diatas sepatutnya sama. Memang agak mengelirukan tetapi inilah bentuk soalan yang akan menguji pendirian anda, pastikan anda menjawab secara konsisten.


Contoh-Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Bagi memudahkan anda memahami bentuk soalan dan jawapan Ujian Psikometrik ini, dibawah kami berikan anda 20 contoh soalan spa psikometrik yang berkemungkinan akan ditanya;

1. Saya suka memberi penerangan awal kepada peekrja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju

B. Tidak Setuju


2. Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai

A. Ya

B. Tidak


3. Saya akan rasa gentar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

A. Ya

B. Tidak


4. Jika terdapat kecemasan semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya akan serta merta memaklumkan kepada ketua saya

A. Setuju

B. Tidak Setuju


5. Saya akan memaklumkan pesanan ringkas kepada ketua saya sebelum bercuti ke luar negara

A. Setuju

B. Tidak Setuju


6. Masalah kewangan membuatkan saya rasa kurang bersemangat untuk bekerja.

A. Ya

B. Tidak


7. Saya rasa tidak berpuas hati apabila rakan sejawatan mendapat penilaian cemerlang

A. Ya 

B. Tidak


8. Saya suka menjauhkan diri daripada perkara negative di pejabat

A. Ya

B. Tidak


9. Saya lebih gemar menyembunyikan rasa tertekan akibat lambakan kerja daripada pengetahuan ketua saya

A. Ya

B. Tidak


10. Saya lebih mementingkan hasil kerja daripada cara melakukan kerja

A. Ya

B. Tidak


11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang 

e. Tidak pernah


12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju 

e. Sangat setuju


13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju 

e. Sangat setuju


14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang 

e. Tidak pernah


15. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang 

e. Tidak pernah

 

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah


17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju 

e. Sangat setuju


18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju

b. Setuju

c. Tidak pasti

d. Tidak setuju

e. Sangat tdak setuju


19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

a. Sangat kerap

b. Kerap

c. Tidak pasti

d. Kadang-kadang

e. Tidak pernah


20. Memberi laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju

b. Agak tidak setuju

c. Tidak setuju mahu pun setuju

d. Agak setuju 

e. Sangat setuju


Dapatkan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Kami mengesyorkan anda untuk mendapatkan rujukan serta contoh soalan ujian psikometrik untuk anda buat latih-tubi menjawab soalan-soalan psikometrik seperti soalan sebenar. 

Kami cadangkan anda memiliki Ebook Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11 dibawah ini untuk persediaan peperiksaan/Ujian Psikometrik pada 16 Mac 2021 nanti.

https://go.infotambahan.com/ujian-psikometrik/16495


P/S: Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Penjadualan Terkini Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

  • Pembantu Awam Gred H11
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) - Ujian Psikometrik
  • Tarikh Peperiksaan : 16 Mac 2021

Kami berharap artikel Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11 ini membantu anda nanti! Jangan lupa dapatkan ebook tersebut kerana anda adalah calon yang berpotensi menjawat jawatan tersebut. 

Semoga berjaya!


Post a Comment

0 Comments