Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19. Anda calon Peperiksaan Online Pembantu Pertahanan Awam KP19 di Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bulan November ini? Jika ya, tahniah saya ucapkan kepada anda! Disini kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan spa untuk jawatan ini.
Kami akan kongsikan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 khas untuk peperiksaan kemasukan ke perkhidmatan awam (PSEE) jawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19 nanti.
Calon peperiksaan online SPA Sesi 2020 boleh jadikan Soalan-Soalan dibawah nanti sebagai panduan dan rujukan khas untuk peperiksaan nanti.
Peperiksaan online ini adalah tapisan peringkat awal calon yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum memanggil calon menghadiri sesi pemeriksaan fizikal dan pancaindera, yang kemudiannya jika calon lulus melalui sesi temuduga SPA nanti.
Maklumat Perjawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19
Untuk pengisian jawatan kali ini, pihak SPA telah iklankan kekosongan Pembantu Pertahanan Awam KP19 pada bulan JULAI 2020 lepas. Berikut adalah maklumat perjawatan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini.
- Jawatan: Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19
- Kementerian/Jabatan: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
- Jumlah Kekosongan: 15
- Simpanan: 15
Format Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19
Untuk makluman, pihak SPA telah mewar-warkan panggilan menduduki peperiksaan ini melalui email, website SPA8i dan Fan Page SPA di Facebook.
Jika anda masih belum menerima sebarang pemberitahuan, bermakna anda tidak layak menduduki peperiksaan ini. Walaubagaimanapun, anda boleh menyemak senarai nama anda samada dapat ataupun tidak.
Semakan peperiksaan – Semak sini
Untuk peperiksaan online Tahun 2021 ini, berikut adalah jadual peperiksaannya:
- Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 (Semenanjung/Sabah/Sarawak)
- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
- Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE)
- Tarikh Peperiksaan : 7 April 2021
- Masa Peperiksaan : 10:00 pagi - 11:00 pagi
Peperiksaan kali ini mengkehendaki calon menjawab 2 bahagian iaitu;
- Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
- Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA
Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa inggeris.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Pertahanan Awam KP19
Dibawah ini adalah 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Pertahanan Awam KP19 untuk peperiksaan online ini.
1. Sebuah gerai menjual 1,236 biji buah-buahan. 38% ialah buah nanas dan 15% ialah buah jambu. Berapakah bilangan buah-buahan selain nanas dan jambu?
A) 470
B) 581
C) 766
D) 786
Cara Penyelesaian:
38% + 15% = 53%
100% - 53% = 47%
1236 X 47% = 580.92 = 581
2. Sebuah peti sejuk menyimpan air minuman berbotol pelbagai saiz iaitu 75 botol berisi padu 1,500 ml, 65 botol berisi padu 750 ml dan 35 botol berisi padu 250 ml. Berapakah jumlah kandungan air minuman yang tersimpan didalam peti sejuk tersebut?
A) 112.50 liter
B) 160 liter
C) 161.25 liter
D) 170 liter
Cara Penyelesaian:
1500ml = 1.5L X 75 = 112.5L
750ml = 0.75L X 65 = 48.75L
250ml = 0.25L X 35 = 8.75L
Maka,
112.5 + 48.75 + 8.75 = 170L
3. Jika 80 bungkus roti berharga RM288 dan 50 bungkus biskut berharga lebih RM 50 daripada harga 50 bungkus roti tersebut, berapakah jumlah harga bagi 100 bungkus roti dan 200 bungkus biskut?
A) RM1008
B) RM1280
C) RM1568
D) RM1640
Cara Penyelesaian:
288/80 = 3.60/ roti
3.60 X 50 = 180 (50 roti)
180 + 50 = 230
RM230/50 = RM4.60/biskut
RM3.60 X 100 = RM360
RM4.60 X 200 = RM920
Maka,
RM360 + RM920 = RM1280
4. Antara berikut nombor yang manakah BUKAN kuasa dua sempurna bagi satu nombor?
A) 1600
B) 1861
C) 1849
D) 1936
Cara Penyelesaian:
√1600 = 40
√1861 = 43.13
√1849 = 43
√1936 = 44
5. Hasil jualan roti Amin ialah 24% lebih tinggi daripada hasil jualan biskut Amran. Berapakah beza hasil jualan mereka berdua jika hasil jualan biskut Amran berharga RM5,650?
A) RM1,356
B) RM2,712
C) RM4,294
D) RM7,006
Cara Penyelesaian:
24 / 100 X 5650 = 1356
AMIN : 1356 + 5650 = 7006
AMRAN: 5650
Maka,
7006 – 5650 = 1356
6. Sejumlah 9,780 bungkus roti dibahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak. Bahagian pertama akan diagihkan samabanyak kepada 14 kedai di Bandar Q. Bahagian kedua pula diagihkan sama banyak kepada 8 kedai di Bandar R. Berapakah jumlah baki bungkusan roti yang tidak dapat diagihkan?
A) 2
B) 4
C) 6
D) 8
Cara Penyelesaian:
9780/2 = 4890
4890/14 = 349
4890/8 = 611
349 X 14 = 4886
611 X 8 = 4888
Maka,
9780 – 4886 – 4888 = 6
7. Berapakah jumlah luas permukaan bagi sebuah kubus yang mempunyai ukuran panjang setiap sisinya ialah 28cm?
A) 3136cm²
B) 4704cm²
C) 21,952cm³
D) 21,956cm³
Cara Penyelesaian:
L = 6 X S²
= 6 X 28 X 28
= 4704
8. Sebuah van membawa 3 jenis makanan yang kesemuanya berjumlah 1580 bungkus. 1/6 daripada jumlah tersebut adalah bungkusan roti dan 2/5 adalah bungkusan kek. Berapakah bilangan bungkusan biskut?
A) 685
B) 895
C) 1.520
D) 1,580
Cara Penyelesaian:
1/6 X 1580 = 263.3
2/5 X 1580 = 632
T = 895.3
Maka,
1580 – 895.3 = 684.7 = 685
9. Segulung tali berukuran 35cm panjang akan digukanan untuk mengikat beberapa karung buah-buahan. Berapakah bilangan karung yang maksimum dapat diikat jika sebuah karung memerlukan 75cm tali?
A) 5
B) 15
C) 46
D) 47
Cara Penyelesaian:
75 cm = 0.75 m
35 m / 0.75 m = 46.67= 47 karung
10. Pendapatan Amin ialah RM8,550.00 sebulan. Dia membelanjakan 2/3 daripada gajinya. Dia memberi 1/5 daripada baki gajinya kepada isteri dan selebihnya disimpan. Berapakah jumlah simpanan tersebut?
A) RM1,010
B) RM1,120
C) RM2,240
D) RM2,280
Cara Penyelesaian:
8550 X 2/3 = 5700
8500 – 5700 = 2850
1/5 X 2850 = 570
4/5 X 2850 = 2280
Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pembantu Pertahanan Awam KP19
Demi membantu calon membuat persediaan menduduki peperiksaan ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa contoh soalan kefahaman Bahasa Inggeris spa.
Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai kemahiran berbahasa inggeris dengan diberikan pernyataan atau petikan esei dan menjawab berdasarkan pemahaman anda. Soalan lain adalah dalam bentuk penggunaan tatabahasa bahasa inggeris.
1 ) Everybody in my house had overslept. It was eight o’clock. School had already ________.
A ) start
B ) starts
C ) started
D ) starting
2) Everyone was around my bed, but no one told me what had happened. The next day, I ______ my courage and took my first look at my legs.
A ) gather
B ) gathers
C ) gathered
D ) gathering
3 ) An adventure story, very often, _________ very interesting reading for a child.
A ) has made
B ) make
C ) is making
D ) makes
4 ) The dancers could have won the contest if they _______ a bit harder.
A ) try
B ) tried
C ) had tried
D ) have tried
5 ) Could you ______ me some water, please?
A ) take
B ) pick
C ) bring
D ) drop
6 ) The firemen were able to _______ the fire in Kingston Street.
A ) switch off
B ) take off
C ) slow down
D ) put out
7 ) The film was very funny ____ the end.
A ) to
B ) on
C ) from
D ) at
8 ) Ronald: "Where does Maria park her car?" Ronald asked me ____________________.
A ) where Maria parked her car.
B ) where Maria parks her car.
C ) where Maria parking her car.
D ) where will Maria park her car.
9 ) My father is _____ honest person.
A ) the
B ) a
C ) are
D ) an
10 ) My dad accidentally cut __________ with a knife. He’s so careless.
A ) his self
B ) himself
C ) himselves
D ) his selves
4 Sebab Kenapa Ramai Calon Gagal Peperiksaan SPA
1. Ramai Calon Tak Tahu Format Peperiksaan
Antara sebab calon tidak dapat menjawab soalan kerana mereka tak tahu format peperiksaan. Bila tak tahu format, calon tidak dapat buat persediaan awal dan rapi.
2. Masa Menjawab Tak Cukup
Menjawab 20 soalan dalam masa 25 minit mungkin cukup, tetapi bagaimana jika anda langsung tak tahu format dan tiada persediaan awal? Satu soalan matematik memakan masa beberapa minit untuk selesaikan, anda harus tahu formula dan cara penyelesaiannya untuk jawab dengan betul.
3. Tak Tahu Nak Buat Persediaan Macam Mana
Peperiksaan online PSEE ada 2 jenis. Peperiksaan Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan Kefahaman Bahasa Inggeris berbeza dengan Ujian Psikometrik! Kalau anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini, mesti anda akan terkejut masa menjawab nanti.
4. Perlu Faham Setiap Seksyen
Seperti yang kami terangkan diatas, setiap bahagian seksyen itu mempunyai tujuannya. Pengetahuan am merupakan isu dan pengetahuan tentang Kementerian/Jabatan terbabit. Manakala, daya menyelesaikan masalah adalah soalan matematik, dan kefahaman Bahasa inggeris adalah soalan dalam bahasa inggeris. Anda perlu fokus dengan soalan yang bakal ditanya, kebanyakkan soalan matematik tahap SPM je.
Dapatkan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19
Anda yang mahukan panduan dan rujukan beserta contoh soalan peperiksaan SPA boleh mendapatkan pakej rujukan dibawah ini untuk persediaan awal anda menghadapi peperiksaan nanti.
Apa yang anda akan dapat dalam pakej rujukan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini?
Terus dapatkan melalui pautan dibawah ni…
Selepas pengesahan pembayaran, anda akan terus dapat link akses untuk download ebook ini. Tiada sebarang pengeposan akan dibuat memandangkan ebook ini adalah buku digital dalam bentuk PDF. Anda beli sekarang, dapat sekarang!
Nak tahu lebih lanjut tentang Rujukan Khas Pembantu Pertahanan Awam KP19, terus whatsapp kami.
Whatsapp kami [+] https://pertahananawamkp19.wasap.my/
Kami ucapkan semoga anda berjaya dalam peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 nanti. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini.
Semoga berjaya!
1 Comments
bila dapat buku ni? saya baru order tengahari tadi. sila maklumkn secepatnya
ReplyDelete