Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19

Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19. Dipanggil menduduki Peperiksaan Online Juruteknik Komputer GredFT19 bulan ini? Kami ucapkan tahniah kepada anda yang telah melepasi tapisan awal pihak SPA, anda adalah calon yang menepati kelulusan dan pengkhususan akademik.

Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19

Didalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda contoh-contoh soalan peperiksaan pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah. Kami pasti anda mahu membuat persediaan awal menduduki peperiksaan online Juruteknik Komputer FT19 ini nanti.


Format Peperiksaan Online PSEE SPA Tahun Ini

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, pihak SPA hanya berikan Ujian Psikometrik kepada jawatan gred 19. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2020 ini nampaknya pihak SPA mengubah sedikit format soalan dengan peperiksaan Pengetahuan  Am, Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik) dan Kefahaman Bahasa Inggeris.

Untuk peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 kali ni, calon akan menjawab 2 bahagian/seksyen iaitu:
Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah


Dibawah ini adalah sedikit penerangan berkaitan seksyen-seksyen yang akan anda jawab nanti. Perlu faham, beza Peperiksaan Online dan Ujian Psikometrik. Baca penerangan dibawah untuk maklumat lanjut.


Penerangan Seksyen Peperiksaan Online SPA

Sebelum menduduki peperiksaan online ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu apakah bentuk soalan dan tujuan setiap seksyen ini diberikan kepada calon peperiksaan. Berikut adalah sedikit penerangan setiap seksyen peperiksaan online SPA tersebut.

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek kesihatan umum, sains, sosial dan budaya, pengetahuan am tentang Malaysia dan isu-isu semasa. Selain itu, seksyen ini juga menguji calon tentang aspek bidang tugas jawatan, fungsi jabatan/kementerian, akta atau undang-undang berkaitan dan kemahiran asas calon tentang pengkhususan pekerjaan.

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Dalam seksyen ini, calon akan diuji mengenai aspek-aspek daya penyelesaikan masalah dengan soalan-soalan konsep matematik, mengiterpretasi data dan kemahiran logik. Seksyen ini menguji calon dalam kemahiran matematik, kepantasan menjawab soalan dalam tempoh masa yang terhad.


Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19

Bagaimana anda nak buat persediaan awal peperiksaan online jika anda tak tahu bentuk soalan setiap bahagian ini?

Seperti yang diterangkan diatas, setiap bahagian mempunyai bentuk soalan yang berlainan. Kami akan kongsikan dengan anda contoh soalan pengetahuan am dan daya menyelesaikan masalah untuk memudahkan anda semasa exam nanti.


Contoh Soalan Pengetahuan Am Juruteknik Komputer FT19

Dibawah ini merupakan 10 Contoh Soalan Pengetahuan Am Juruteknik Komputer FT19 untuk dijadikan bahan rujukan dan contoh soalan untuk anda jawab.

1. Perdana Menteri perlu merujuk kepada _______ sebelum beliau melantik Hakim Besar?

A. Ketua Hakim Negara
B. Hakim-Hakim Besar
C. Ketua Menteri Sabah
D. Ketua Menteri Sarawak

2. Badan Kehakiman tertinggi di Malaysia ialah

A. Mahkamah Persekutuan
B. Mahkamah Rayuan
C. Mahkamah Sesyen
D. Mahkamah Tinggi

3. Pihak Berkuasa Tempatan terletak di bawah bidang kuasa

A. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
B. Jabatan Kerajaan Tempatan
C. Kerajaan Negeri
D. Kerajaan Persekutuan

4. Mahkamah manakah yang mempunyai kuasa untuk mendengar petisyen yang mencabar keputusan pilihan raya.

A. Mahkamah Sesyen
B. Mahkamah Tinggi
C. Mahkamah Persekutuan
D. Mahkamah Rayuan

5. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru memberi tumpuan kepada

A. Model ekonomi berpendapatan tinggi yang inklusif serta mampan
B. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira etnik dan penghapusan pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi
C. Pembinaan keutuhan dan daya saing negara
D. Pencapaian pembangunan yang seimbang antara sektor utama ekonomi dan wilayah serta mengurangkan jurang sosioekonomi antara masyarakat.

6. Random Access Memory (RAM) merupakan sejenis cip semikonduktor yang digunakan dalam peralatan teknologi. Berikut adalah benar tentang ciri-ciri RAM kecuali

A. RAM merupakan tempat storan sementara
B. Ukuran unit RAM adalah dalam bytes
C. Ingatan RAM masih kekal jika komputer dimatikan
D. Lokasi pengstoran dapat dicapai oleh RAM secara rawak dalam masa yang sama.

7. Pilih padanan shortcut untuk sistem operasi Windows yang salah

A. Alt + F4 - untuk menutup atau menghentikan program yang sedang aktif
B. Ctrl + Alt + Delete - untuk membuka Task Manager
C. Shift + Delete - untuk memadam terus sesuatu file
D. Alt + Tab - untuk menampilkan Start Menu

8. Berikut merupakan aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Office KECUALI

A. Acrobat Reader
B. Visio
C. Word
D. Publisher

9. Apakah yang dikatakan dengan Penggodaman?

A. Kerosakan kepada komputer pelayan oleh virus
B. Serangan ke atas rangkaian komputer yang melibatkan kecurian wang
C. Pencerobohan ke atas komputer pelayan di dalam rangkaian tanpa izin
D. Memberikan informasi kepada penjenayah siber

10. Terdapat aplikasi komputer tertentu yang dikongsi dan digunakan bersama melalui rangkaian khusus untuk beberapa organisasi sama ada secara rangkaian setempat (LAN) atau rangkaian kawasan luas (WAN). Capaian yang sebegini adalah ciri-ciri

A. Hubungan Wireless
B. Persidangan Video
C. Internet
D. Intranet


Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruteknik Komputer FT19

Untuk membantu anda membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan online SPA. Pihak Examspa8i.com dengan ini, memberikan anda 10 Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Juruteknik Komputer FT19 iaitu Seksyen A dalam peperiksaan SPA nanti.

1. Sebuah bekas mengandungi kad-kad yang bernombor 0 hingga 50. Jika satu kad dipilih secara rawak apakah kebarangkalian untuk mendapat kad yang mempuntai digit 0?

A) 1/10
B) 1/51
C) 3/25
D) 6/51

2. Karung biru 1.5 kg lebih berat daripada karung merah. Karung hijau 300g lebih berat daripada karung karung kuning. Karung kuning pula ½ daripada berat karung biru. Karung manakah yang paling berat?

A) Merah
B) Kuning
C) Biru
D) Hijau

3. Ungkapkan 0.0003998 x 0.1 dalam bentuk piawai.

A) 3.998 x 10
B) 3.998 x 10
C) 3.998 x 10⁻⁴
D) 3.998 x 10⁻⁵

4. Ali membeli 25kg timun berharga RM87.50 dan 1kg tomato berharga RM1 lebih mahal daripada harga 1 kg timun. Berapakah jumlah harga bagi 35kg timun dan 45kg tomato?

A) RM202.50
B) RM280.00
C) RM325.00
D) RM356.50

5. {400, 441, P, 529, Q, 625}. Oleh itu, P + Q =?

A) 1,028
B) 1,029
C) 1,059
D) 1,060

6. 3/5 daripada 112.5 meter tali digunakan untuk mengikat 20 buah karung. Selebihnya digunakan untuk mengikat 15 buah kotak dan bakinya hanya tinggal 2.5 meter. Berapakah jumlah ukuran tali yang digunakan untuk mengikat sebuah karung dan sebuah kotak?

A) 2.83 m
B) 5.3 m
C) 6.2 m
D) 70.3 m

7. Jumlah berat bekas P dan Q ialah 338kg. Berapakah berat bekas P jika beratnya 5kg lebih ringan berbanding bekas Q?

A) 164.0kg
B) 166.5kg
C) 171.5kg
D) 176.5kg

8. Ali mempunyai tabung yang berisi 125 keping syiling 50 sen, 225 keping syiling 20 sen, 350 keping syiling 10 sen dan bilangan syiling 5 sen adalah sebanyak 3 kali bilangan syiling 50 sen. Berapakah jumlah nilai wang Ali di dalam tabung tersebut?

A) RM161.25
B) RM330.00
C) RM517.50
D) RM825.00

9. Sebuah bekas mengandungi 4 jenis buah iaitu timun, tomato, terung dan limau yang kesemuanya berjumlah 1,360 biji. Buah timun adalah sebanyak 340 bijibersamaan 2 kali jumlah bilangan buah tomato. Berapakah bilangan buah limau jika bilangannya adalah 1.5 kali jumlah bilangan buah terung?

A) 170
B) 510
C) 765
D) 850

10. Ali menjual jambu dengan harga RM5.00 bagi setiap 6 biji.Berapakah bilangan jambu yang telah dijualnya apabila dia mendapat keuntungan bersih sebanyak RM612.50 iaitu 35% daripada jumlah hasil jualannya?

A) 350
B) 2,100
C) 2,450
D) 2,500


Dapatkan Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Beserta Skema Jawapan Juruteknik Komputer FT19

Anda bertuah kerana berada di website kerjayasafety.com ini, kami mahu membantu anda untuk LULUS dalam peperiksaan online Juruteknik Komputer FT19 dengan jayanya!

Pihak Tim Infokerjaya telah menyediakan Rujukan, Nota dan Contoh Soalan Beserta Skema Jawapan untuk membantu calon-calon peperiksaan SPA membuat latih tubi sebagai langkah awal calon membuat persediaan menghadapi exam Juruteknik Komputer FT19 nanti.

Untuk dapatkan rujukan & contoh soalan ini, terus ke link dibawah untuk muat turun.

Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19




P/S: Selepas pengesahan pembayaran, link akses untuk download ebook ini akan diemailkan kepada anda. Tiada pengeposan akan dilakukan kerana ebook ini adalah Buku Digital (PDF). Anda beli sekarang, dapat sekarang!

Kami berharap, dengan perkongsian Contoh Soalan Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini membantu calon dalam Exam FT19 nanti.

Semoga berjaya!

Post a Comment

0 Comments