Sejak beberapa bulan ini, terdapat banyak panggilan menduduki Peperiksaan Online yang dijalankan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Peperiksaan ini melibatkan Peperiksaan Online PSEE dan Ujian Psikometrik.
Ia adalah 2 jenis peperiksaan yang berbeza. Tetapi tujuannya sama iaitu menilai samada calon yang diambil berkhidmat dengan Kerajaan adalah kepada individu yang menepati kriteria yang telah ditetapkan.
Untuk pengetahuan anda, peperiksaan online PSEE adalah peperiksaan online yang dibahagikan kepada
Apa Itu Ujian Psikometrik?
Ujian Psikometrik adalah satu dari kaedah yang digunakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk membuat tapisan kepada calon yang ingin memasuki skim perkhidmatan awam.
Ujian psikometrik ini wajib diambil oleh semua calon sebelum dipanggil ke sesi temuduga kerja SPA. Ujian ini merupakan sebahagian daripada sistem peperiksaan online (PSEE) SPA.
Tiada format tetap yang diberikan untuk soalan ini dan jawapan yang digunakan dalam ujian psikometrik ini. Bentuk soalan adalah berubah-ubah dan diberikan beberapa pilihan jawapan berbentuk objektif sahaja.
Perkara yang dinilai didalam Ujian Psikometrik ini adalah:
- Cara berfikir
- Emosi
- Kepimpinan
- Tingkah laku
- Kebolehan sosial
- Komunikasi
- Toleransi
- Kerjasama
- Integriti
- Disiplin
- Dan aspek lain-lain lagi.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA
Rujukan Peperiksaan PSEE – Ujian Psikometrik SPA Terkini
Tahukah anda, soalan ujian psikometrik mempunyai soalan yang agak “Tricky”, psikometrik sinonim dengan psikologi calon. Ujian ini banyak menguji aspek yang dinyatakan diatas.
So, ini bermakna anda harus menonjolkan nilai positif yang ada pada diri anda dan sembunyikan nilai negatif!
Anda mahu tak kalau anda ada buku latih tubi menjawab soalan-soalan ujian psikometrik?
- Tip menjawab soalan
- Contoh soalan psikometrik
- Contoh soalan matematik
- Contoh soalan memerangkap
Ebook Ujian Psikometrik Kemasukan Perkhidmatan Awam dibawah ini boleh membantu anda.
Kami berharap artikel Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Terkini membantu anda nanti!
0 Comments