Apabila syarikat anda menerima notis daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berkaitan ketidakpatuhan yang dilakukan. Perkara pertama yang terlintas dihati kebanyakkan orang adalah cara untuk membatalkan notis tersebut.
Tiada format surat ditetapkan. Walaubagaimanapun, surat permohonan batal notis tersebut hendaklah dalam bentuk Surat Rasmi.
Tiada format penulisan yang ditetapkan. Namun, dalam surat tersebut perlu menerangkan tajuk surat, nombor notis perbaikan atau notis larangan, kesalahan dan bukti pembaikan yang disertakan dengan gambar sebelum dan selepas. Dokumen sokongan beserta HIRARC juga boleh menyokong kuat permohonan pembatalan notis anda.
Format Surat Permohonan Batal Notis JKKP
Surat ini haruslah disertakan dengan Notis Asal yang diserahkan kepada anda beserta dengan gambar dan dokumen bukti pembaikan yang pihak syarikat lakukan.
Baru-baru ini, JKKP mengkehendaki salinan HIRARC juga disertakan bersama dalam permohonan pembatalan notis ini.
Sekian untuk perkongsian kali ini.
Semoga membantu.
0 Comments