Cara Buat Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja

Dibawah Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, tiap-tiap majikan dan orang bekerja sendiri perlu menggubal polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. 

Cara Buat Polisi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Tempat Kerja


Ianya bertujuan untuk..
  1. Mempamerkan komitmen dan keperihatinan syarikat terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja
  2. Asas kepada pembangunan dan pelaksanaan program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  3. Mencakupi semua aktiviti kerja dan proses membuat keputusan di dalam syarikat

Walaubagaimanapun, Seksyen 16 AKKP ini tidak terpakai kepada majikan dan orang bekerja sendiri yang menjalankan perusahaan dengan tidak lebih daripada lima (5) orang pekerja.


Contoh Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Dibawah ini saya kongsikan dengan anda contoh polisi keselamatan dan kesihatan atau dasar keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.



POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN ABC SEDAP SDN BHD

Adalah menjadi polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat ABC Sedap Sdn Bhd iaitu:-

Kami bersama-sama para pekerja ABC Sedap Sdn Bhd, akan selalu berusaha untuk mengekalkan dan memastikan tempat bekerja kami berada di dalam keadaan yang selamat dan sihat pada sepanjang masa.

Objektif kami ialah untuk:-

  1. Menyediakan cara bekerja dan tempat bekerja yang selamat kepada pekerja-pekerja kami, supaya risiko kecederaan, kemalangan dan kerosakan harta benda benda dapat dikurangkan.
  2. Melindungi semua pekerja kami, dari sebarang bahaya yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan mereka pada sepanjang hari mereka bekerja.
  3. Melindungi pelawat-pelawat dan kontraktor-kontraktor kami, daripada sebarang bahaya pada sepanjang masa semasa mereka berada di dalam premis syarikat.
  4. Memastikan segala aktiviti-aktiviti dan pengeluaran sisa dari proses pengeluaran syarikat tidak memberi musibah kepada manusia dan alam sekitar.
  5. Menyediakan latihan kepada semua pekerja-pekerja berkenaan perihal tanggungjawab masing-masing dalam hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  6. Memastikan setiap orang (pekerja, pelawat, kontraktor) mematuhi segala peraturan keselamatan dan kesihatan syarikat pada sepanjang masa.
  7. Memastikan semua peralatan perlindungan dan pencegahan kebakaran, alat-alat pemadam api dan prosedur latihan kecemasan semasa kebakaran diatur dan diselenggara dengan elok serta mampu berfungsi di kala kecemasan dan kebakaran sebenar.
  8. Menyediakan kemudahan perubatan dan alat-alat bantuan kecemasan yang berpatutan kepada semua pekerja.
  9. Memastikan segala aspek keselamatan diutamakan dalam peringkat awal sesuatu pemasangan atau penggunaan proses, jentera, bahan kimia dan lain-lainnya adalah sebagai satu langkah pencegahan awal.
  10. Mematuhi segala undang-undang dan peraturan-peraturan kerajaan di dalam hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar syarikat kami.


[ TANDATANGAN ]
[ NAMA PENGURUSAN TERTINGGI/CEO]
[NAMA SYARIKAT]
[TARIKH]

Demikianlah, contoh polisi keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang perlu anda gubal untuk memenuhi kehendak Seksyen 16, AKKP 1994.

Semoga membantu.

Post a Comment

0 Comments