Pekerja Asing Bawa Tower Crane Masih Berleluasa

Pihak kontraktor di Malaysia ini memang gemar menggaji pekerja asing disebabkan kos bayaran yang gaji lebih murah berbanding orang tempatan. Kebanyakkan pekerja asing ini boleh dikatakan ‘rajin’ dan ‘lebih laju’ buat kerja terutamanya di tapak pembinaan. 

Walaubagaimanapun, pekerja asing ini lebih mengutamakan asal ‘kerja siap’ daripada mengutamakan keselamatan ketika bekerja. Terdapat sesetangah pihak majikan memang suka orang macam ni disebabkan projek pun ada tempoh nak disiapkan. Aspek keselamatan selalu diabaikan hanya kerana mengejar progress projek mereka.


Serbuan Pihak Tertentu Terhadap Operator Tower Crane

Sejak kebelakangan ini, ada pihak tertentu yang menyerbu masuk tapak pembinaan untuk menyiasat samada tower crane di situ dikendalikan oleh operator crane yang kompeten ataupun tidak. Kesahihan serbuan ini tidak dapat dipastikan, namun yang pastinya serbuan ini berkemungkinan dilakukan oleh geng-geng operator crane itu sendiri untuk menangkap operator kren warga asing yang menggangu periuk nasi mereka.

Pekerja Asing Bawa Tower Crane Masih Berleluasa

Link Video  (klik sini)

Apabila melihat video serbuan tersebut, wujud persoalan antara kita samada pihak bertanggungjawab ada menjalankan kerja mereka ataupun tidak. Rata-rata netizen menyalahkan JKKP/DOSH kerana tidak memantau operator crane di tapak pembinaan di Malaysia ini. Yang sedihnya, ada netizen yang mengatakan..

“JKKP kena turun padang pantau kat site..jgn makan gaji duduk kat ofis je…ada aduan baru nak turun..macam mana rakyat Malaysia nak cari makan..lagi satu kadar denda terlalu rendah dikenakan kepada pihak kontraktor..” Abd Malik Halin

Nak tuding jari tu boleh, tapi kena ingat keselamatan itu tanggungjawab bersama. Kita tak boleh menyalahkan JKKP semata-mata kerana pihak kontraktor menggunakan operator kren warga asing yang tidak memiliki kompetensi. Keselamatan itu adalah tanggungjawab semua pihak, dalam AKKP 1994, kewajipan ini melibatkan Kerajaan, Majikan dan Pekerja. Semuanya memainkan peranan yang berbeza namun tanggungjawab terhadap safety yang sama.


Haruskah JKKP Disalahkan Dalam Isu Operator Kren Warga Asing?

JKKP sudah mengeluarkan banyak Garis Panduan, Peraturan dan Perintah Ketua Pengarah untuk dijadikan bahan untuk pihak kontraktor atau pengamal OSH diluar sana. Dari segi penguatkuasaan, JKKP sentiasa menjalankan lawatan tapak bina, pemeriksaan mengejut, operasi dan termasuk pendaftaran baru tower crane serta pembaharuan CF tower crane.

Isu operator kren yang kompeten ini sentiasa jadi isu utama semasa pemeriksaan. Pihak JKKP tidak akan membenarkan sama sekali tower crane dikendalikan oleh warga asing/pekerja tidak kompeten. Kesalahan ini akan mengakibatkan pelanggaran pada perintah Ketua Pengarah terhadap tanggungjawab Project Manager (PM) di tapak bina berkenaan. Kegagalan untuk mematuhi atau melanggar perintah ini membolehkan PM tersebut didakwa dibawah Seksyen 8 (g) Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. 



JKKP pun mempunyai etika dan garis panduan pemeriksaan tapak bina. Pemeriksaan tapak bina adalah menyeluruh, bukan setakat nak tangkap operator crane warga asing KECUALI ada aduan yang mengatakan operator kren di site tu tidak kompeten. Namun, setiap kali pemeriksaan tapak bina JKKP akan pastikan kren dikendalikan operator kren kompeten.

Isu menggaji pekerja asing ini tidak dapat dinafikan lagi dalam industri di Malaysia. Ia bagaikan cendawan tumbuh yang sukar dikawal seratus peratus. Sama lah dengan isu kontraktor bagi warga asing guna tower crane ni, JKKP pantau cuma kontraktor ni “pandai” nak lari. 

Kebiasaanya, bila JKKP datang operator kren yang bawa adalah kompeten tetapi selepas CF dah dapat ganti pula dengan warga asing atau china man. 


Kesedaran Terhadap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jika anda pernah bekerja dalam industri Oil and Gas, kes seumpama ini tidak akan pernah berlaku. Kenapa? Kerana mereka ada kesedaran terhadap safety dan kompetensi, pihak pengurusan mendidik pekerja mereka tentang budaya kerja yang selamat dan sihat. Kalau nampak pekerja lain tak pakai PPE, kawan sebelah mesti tegur. Kalau ternampak ada “unsafe act”, pekerja lain akan tegur.

Janganlah kita lupa tanggungjawab ini ! 

Setakat buat serbuan dan salahkan JKKP memang tindakan yang tidak adil dan berunsur negatif yang boleh menimbulkan tanggapan tidak baik terhadap pegawai-pegawai JKKP. Seharusnya pihak yang membuat serbuan itu tampil ke pejabat JKKP berhampiran untuk membuat aduan, jangan hanya viralkan video semata-mata nak femes atas kepentingan peribadi.

Bagi anda yang bekerja di dalam site tu, jika nampak kren operator tak kompeten sila laporkan kepada JKKP secepat mungkin. Kita tak dapat memantau seratus peratus tapak bina yang beribu di Malaysia ini, anda yang bekerja sebagai SHO/SSS dan pekerja disitu adalah mata-mata JKKP.

Bagaimana nak buat aduan? Log in akaun MyKKP anda, dan buat aduan! Mudah kan?

Post a Comment

0 Comments