Bagaimana Nak Jadi Seorang Safety And Health Officer (SHO)

Bagaimana Nak Jadi Seorang Safety And Health Officer (SHO)

Ramai graduan sekarang ni mencari pekerjaan, kita tahu setiap tahun ratusan ribu pelajar IPTA dan IPTS yang telah menghabiskan Diploma dan Degree berebut-rebut mendapatkan kerja. Hakikatnya, graduan ramai namun kekosongan jawatan kurang. Maka, pengangguran semakin meningkat.

Graduan yang menganggur ada banyak cabang untuk memohon pekerjaan. Antaranya adalah memohon kerja kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), memohon kerja di Jobsmalaysia, Jobstreet, walk-in ke syarikat swasta yang tertentu dan pilihan terbaik adalah buat bisnes sendiri. 


Kerjaya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)

Di Malaysia, undang-undang kita menetapkan bahawa mana-mana projek pembinaan yang mempunyai nilai projek 20 juta dan keatas perlu melantik SHO yang kompeten. Kompeten bermaksud berdaftar dengan JKKP/DOSH.

Boleh rujuk sini untuk info lanjut - http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/oyk-sho

Nak jadi SHO ni bukanlah perkara yang terlalu rumit. Ianya wajib bermula dengan minat dan niat! Bukan semata-mata nak gaji tinggi, tapi niat untuk jadi sho tu tak ada. 

Dalam idustri masa kini, jawatan untuk sho ni bukan hanya dipanggil SHO, ada banyak nama jawatan yang ada dalam industry. SHO juga ada nama jawatan lain yang kita mungkin pernah dengar, antaranya adalah..
  1. Safety And Health Officer (SHO)
  2. Safety And Health Executive (SHE)
  3. SH Engineer, Process Safety Engineer
  4. Environmental Officer
  5. Health, Safety, Security And Environment (HSSE)

Terpulanglah kepada majikan anda nak bagi jawatan apa pun, kerana terdapat jawatan SHO yang mungkin bertanggungjawab untuk security dan environment juga. Tak kisahlah kan, asalkan SHO tersebut adalah kompeten, berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Latihan dan Kursus SHO

Pada masa ini, terdapat banyak IPT yang menawarkan program berkaitan safety and health (and boleh cari di IPT berdekatan dengan anda). Institut latihan juga ada tawarkan kursus ini, anda boleh lawati laman web NIOSH untuk mengetahui kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Pada artikel ini diterbitkan, yuran kursus adalah RM3,127.00 dan yuran peperiksaan adalah RM950.00. Jumlah yuran untuk mendapatkan kursus dan peperiksaan SHO di NIOSH adalah RM4, 077.00!

Kelayakan kemasukan kursus? 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai SPM/SPMV/MCE/Sijil/Diploma/Ijazah


Setelah anda lulus peperiksaan SHO di NIOSH, anda perlu bekerja dalam bidang OSH di luar untuk mendapatkan pengalaman minimum 3 tahun sebelum mendaftar sebagai SHO yang kompeten dengan JKKP.


Pendaftaran Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)

Nak jadi kompeten bukan mudah, JKKP mengenakan syarat minimum 3 tahun pengalaman untuk memberi peluang kepada bakal SHO menimba ilmu sebanyak mungkin diluar sana sebelum layak diberikan kompetensi sebagai SHO.

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai SHO dan SSS, soalan lazim yang selalu diajukan tentang SHO dibawah ini mungkin boleh menjawab persoalan yang terbuku di hati anda. Antara soalan yang pernah ditanyakan kepada saya adalah..

Bagaimana Nak Jadi Seorang Safety And Health Officer (SHO)


Soalan 1: Saya sudah lulus peperiksaan SSS di NIOSH, bolehkah saya memohon pendaftaran kompetensi SSS dengan JKKP?
Jawapan: Boleh. Tetapi anda perlu pengalaman 1 tahun dalam bidang OSH sebelum memohon.

Soalan 2: Saya sudah dilantik SSS yang kompeten, bagaimana saya memohon SHO?
Jawapan: Anda boleh memohon SHO dengan JKKP setelah anda mempunyai pengalaman 3 tahun sebagai SSS.

Soalan 3: Saya hanya ada SPM, boleh kah saya memohon kursus SHO di NIOSH?
Jawapan: Sesiapapun yang menepati syarat kemasukan yang ditetapkan oleh NIOSH (sekurang-kurangnya SPM/SPMV/MCE) boleh ambil kursus ni. Rujuk http://www.niosh.com.my/images/CourseContent/CP/NIOSH-PDD-SHO.pdf

Soalan 4: Saya ada Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, apa yang perlu saya buat untuk daftar sebagai SHO?
Jawapan: Pergi ke laman web www.dosh.gov.my, semak samada pusat pengajar tersebut diiktiraf oleh JKKP atau tidak. Jika pusat pengajar diiktiraf, anda perlu pengalaman 3 tahun dalam OSH sahaja untuk daftar SHO.  Walaubagaimanapun, sekiranya pusat pengajar tersebut tidak diiktiraf JKKP, anda perlu mengambil kursus SHO dan lulus peperiksaan SHO di NIOSH kemudian dapatkan pengalaman 3 tahun dalam OSH.

Soalan 5: Saya ada Diploma dalam bidang kejuruteraan dan berpengalaman dalam OSH, bolehkah saya memohon pendaftaran SHO?
Jawapan: Tidak boleh. Hanya Diploma Keselamatan dan Kesihatan saja yang tidak perlu peperiksaan SHO di NIOSH. Bidang lain, perlu mengambil kursus SHO dan lulus peperiksaan dari NIOSH.

Soalan 6: Bagaimana cara memohon pendaftaran SHO?
Jawapan: Mulai dari 3 Ogos 2015, permohonan pendaftaran dan pembaharuan SHO dilakukan secara atas talian di http://mykkp.dosh.gov.my/

Saya berharap, anda faham sedikit sebanyak mengenai cara nak jadi SHO yang kompeten. Mari amalkan budaya kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja. 

Semoga info ini bermanfaat untuk semua.

Post a Comment

2 Comments

  1. klau nk masuk ke universiti atau tempat yg ada bidang keselamatan pekerjaan ...Spm kene amik subjek apa???

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.Saya nk Tanya,Saya baru habis degree in Hotel Management.tapi saya macam berminat untuk bekerja dalam bidang SHO ni.maksudnya saya perlu join kursus dulu kan?

    ReplyDelete