Gaji Site Safety Supervisor (SSS) Fresh Graduate

Gaji Site Safety Supervisor (SSS) Fresh Graduate

Kerjaya sebagai Site Safety Supervisor semakin hangat diperkatakan ketika ini. Mana tidaknya, gaji yang ditawarkan untuk Penyelia Keselamatan Tapak Bina agak lumayan setanding dengan gaji lulusan Ijazah dari IPT. Ini menunjukkan bahawa keselamatan di tapak bina adalah fokus utama untuk mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Walaubagaimanapun, keperluan melantik SSS kepada kontraktor utama sejajar dengan kehendak Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kerja Bangunan dan Kerja-Kerja Pembinaan Kejuruteraan (Keselamatan) 1986 atau lebih dikenali sebagai Peraturan BOWEC 1986.

Pihak kontraktor utama perlu menggaji seorang Penyelia Keselamatan Tapak Bina yang perlu berada di tapak bina sekurang-kurangnya 15 jam seminggu untuk penyeliaan, pemantauan dan membetulkan ketidakpatuhan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang dinyatakan dalam Sub-Peraturan (3) dan (4), Peraturan 25 BOWEC 1986 iaitu:

  1. memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak bina
  2. membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;
  3. memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan
  4. berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.



GAJI SITE SAFETY SUPERVISOR BAGI FRESH GRADUATE

Berapa gaji SSS untuk Fresh Graduate? Fresh graduate maksudnya baru tamat kursus dengan Pusat Pengajar/IPT dan belum ada Sijil Kompetensi (Yellow Book) dari JKKP. Agak-agaknya berapa gaji yang akan dibayar oleh pihak kontraktor utama untuk menggaji SSS yang belum ada pengalaman dalam bidang safety?

Mengikut kajian yang saya buat, rata-rata gaji yang diberikan untuk SSS fresh graduate adalah sekitar RM1500 hingga RM2000 sebulan. Walaubagaimanapun, kadar gaji minimum ini adalah bergantung kepada beberapa perkara iaitu:

1. Nilai Projek 

Untuk projek yang bernilai RM20,000,000 (20 Juta) dan keatas, adalah WAJIB melantik SHO dan SSS. Bajet untuk Safety selalunya tinggi untuk kos projek nilai besar. Gaji untuk SHO dan SSS selalunya tinggi berbanding kos projek rendah.

2. Majikan 

Terdapat majikan (kontraktor utama) yang sangat tinggi komitmennya terhadap safety di tapak pembinaan mereka. Kesedaran ini membuatkan mereka menghargai kepayahan dan tanggungjawab SSS mereka. 

3. Kontrak Atau Tetap

Terdapat majikan yang menggaji SSS secara kontrak dan tetap. Kontrak selalunya dibuat jika projek yang sedang dibuat itu satu saja atau belum ada projek lain. Manakala, SSS yang digaji tetap selalunya syarikat kontraktor yang mempunyai banyak projek pembinaan.

4. Pengalaman 

Bagi fresh graduate, anda mungkin tidak dapat demand gaji lebih tinggi disebabkan ketiadaan pengalaman yang cukup. Namun, jika anda sudah kompeten dan berpengalaman, anda boleh tetapkan gaji lebih tinggi dan mengapa anda perlu dibayar setinggi itu.

So, selepas mengkaji kadar gaji untuk SSS, saya simpulkan bahawa…

Gaji Minimum : RM1500-RM2000
Gaji Maksimum: RM4000-RM6000

Berikut adalah anggaran gaji bagi SSS mengikut level..

Gaji Site Safety Supervisor (SSS) Fresh Graduate
Sumber: Jobstreet Malaysia

Sangat menarik kan? 

Gaji anda lebih tinggi daripada lulusan Ijazah. Walaupun anda lulusan SPM,Sijil, atau Diploma dalam Safety Site Supervisor (SSS).

Nak ambil kursus SSS? Anda boleh rujuk website www.dosh.gov.my untuk melihat senarai Pusat Pengajar/IPT yang kompeten/berdaftar dengan JKKP Malaysia.

Post a Comment

2 Comments

  1. Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan untuk bertanya.
    1. Adakah masih relevan sekiranya umur saya sudah manjangkau usia 40an dan tiada "background" tentang bidang construction untuk menghadiri kursus SSS ni?
    2. Adakah mudah untuk mendapat pekerjaan sekiranya umur 40an dan "fresh" ni?

    Mohon pencerahan. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam. 1. ya masih relevan sekiranya ingin meneroka bidang ini. 2. mudah dengan adanya soft skill dan pengetahuan yang dalam mengenai industri industri yang melibatkan safety and health.

      Delete