Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Bagi anda yang berurusan dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), anda perlu mahir dengan platform MyKKP. Ini kerana segala urusan tentang permohonan, pembaharuan, laporan serta aduan akan 100% menggunakan laman web MyKKP ini.

Namun, sebelum anda memohon anda perlu mendaftar MyKKP terlebih dahulu. Baca panduan Cara Daftar Pengguna Baru Sistem Portal MyKKP 


Daftar Tempat Kerja Di MyKKP

Terdapat 2 keadaan untuk daftar tempat kerja di MyKKP. Dan, saya percaya masih ramai yang tak tahu cara daftar MyKKP walaupun panduan ada dinyatakan dalam system ini. 

Anda wajib mendaftar MyKKP jika:
  1. Tempat kerja atau kilang yang baru dibuka – Sekiranya anda baru membuka kilang atau tempat kerja yang menggunakan jentera yang memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan (CF) dengan JKKP, maka anda wajib daftar MyKKP untuk Pendaftaran Kilang dan Jentera. Bagi tempat kerja seperti workshop anda perlu daftar untuk membuat permohonan pendaftaran jentera, permohonan pembaharuan sijil perakuan, pembayaran bil dan memuat turun CF.
  2. Tempat kerja atau kilang yang dah daftar dengan JKKP tapi belum daftar MyKKP – Sistem Mykkp ini mula dilancarkan pada awal tahun 2017, maka masih banyak tempat kerja yang belum mendaftar dengan Sistem MyKKP. Selepas daftar MyKKP, anda perlu dapatkan Nombor Pendaftaran Tempat Kerja di JKKP Negeri dan aktifkan tempat kerja mengikut prosidur yang ditetapkan.


Cara Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Bagaimana cara aktifkan tempat kerja? Bukankah saya dah daftar?

Betul, anda sudah daftar MyKKP menggunakan maklumat peribadi anda dan disahkan (jika gambar memenuhi syarat). Walaubagaimanapun, sebagai langkah keselamatan untuk memastikan individu yang mendaftar MyKKP untuk syarikat tersebut benar-benar SAH, pihak JKKP mengenakan syarat tambahan iaitu mengemukakan Surat Perwakilan Kuasa daripada Majikan.

Surat Perwakilan Kuasa yang saya maksudkan adalah seperti format surat dibawah ini:

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Nota: Surat ini perlu ditandatangani oleh Pengurus/Pengarah/Pemilik

Macam mana Aktifkan Tempat Kerja?

Dibawah ini, saya akan kongsikan langkah-langkah untuk mengaktifkan tempat kerja anda.

Langkah 1: Masukkan URL berikut pada browser anda http://mykkp.dosh.gov.my/ . Klik butang Log Masuk dan masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 2: Paparan Dashboard akan terpapar dan klik Kilang Dan Jentera seperti rajah dibawah.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 3: Masukkan No Daftar Tempat Kerja pada ruangan carian seperti dibawah. Kemudian, klik butang Carian.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 4: Setelah tempat kerja anda terpapar, klik butang Daftar

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 5: Sistem akan paparkan borang permohonan Aktifkan No. Tempat Kerja. Maklumat Am
pemohon akan dipaparan berdasarkan maklumat yang telah diisi semasa pendaftaran akaun MyKKP atau seperti yang tertera di dalam maklumat Profil Saya. Klik butang Seterusnya.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 6: Sistem akan paparkan maklumat Tempat Kerja yang ingin didaftarkan. Jika semua maklumat betul, klik butang Seterusnya.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 7: Sistem akan paparkan skrin Dokumen Sokongan. Klik pada bahagian tersebut dan lampirkan/upload “Surat perwakilan kuasa dari tempat kerja yang hendak diaktifkan” dalam format .PDF untuk menyokong permohonan anda.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 8: Paparan tetingkap muatnaik akan terpapar seperti dibawah. Masukkan Deskripsi File dan klik butang Choose File.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 9: Paparan tetingkap fail dokumen disimpan akan terpapar seperti dibawah. Pilih file terebut dan klik butang Simpan. Klik butang Seterusnya.


Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP


Nota: Pastikan dokumen sokongan (Surat Perwakilan Kuasa) dalam bentuk fail PDF dan saiz fail tidak melebihi 20 MB.

Langkah 10: Skrin Perakuan akan dipaparkan seperti dibawah. Klik pada Checkbox Perakuan, masukkan Jawatan dan klik butang Hantar.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Langkah 11: Satu pop up kotak mesej “Permohonan Anda Telah Berjaya Dihantar! No. Rujukan Permohonan anda adalah XX/XX/XXX/XXXXX”akan terpapar.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Kemudian, semak status permohonan anda di skrin Senarai Tempat Kerja. Jika permohonan anda tidak mempunyai masalah, pihak JKKP Negeri akan mengesahkan dan mengaktifkan tempat kerja anda dalam masa 14 hari bekerja.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Setelah permohonan anda selesai dan diluluskan, system akan mengaktifkan tempat kerja tersebut secara automatic dan status pengesahan akan menjadi – Disahkan.

Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP

Selepas disahkan, anda boleh membuat permohonan bagi tempat kerja berkenaan.

Terima kasih kerana membaca Cara Daftar Dan Aktifkan Tempat Kerja Di MyKKP. Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran dan permohonan, sila hubungi saya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Ingin bertanya, jika saya dah resign dari company tersebut, bagaimana nak nyahaktifkan tempat kerja dari profile saya?

    ReplyDelete