Kerjaya dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah sangat luas. Kerjaya-kerjaya ini merupakan kesinambungan dan untuk memenuhi kehendak Kerajaan Malaysia dibawah peruntukan undang-undang Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Jika ada diantara golongan graduan atau lepasan SPM yang berminat menceburi bidang ini, peluang kerjaya sememangnya masih terbuka luas. Memandangkan pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mempunyai Master-Plan untuk menuju kearah mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.
Dengan adanya, Orang Yang Kompeten ini maka kerja-kerja seperti penyeliaan, pemasangan, pengujian gas, pemeriksaan kesihatan, dan sebarang paksiran risiko terhadap bunyi bising dan bahan kimia dapat dilakukan dengan cara yang betul.
16 Senarai OYK Yang Berdaftar Dengan JKKP
Disini saya akan kongsikan dengan anda 16 kerjaya yang boleh diceburi berkaitan JKKP.
1. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)
2. Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS)
3. Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan (AGT dan ES)
4. Operator Kren
5. Pengendali Perancah
6. Pengapit
7. Kualiti Udara Dalaman
8. Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD)
9. Jurutera Stim
10. Juruteknik Higien 1
11. Juruteknik Higien 2
12. Drebar Enjin Pembakaran Dalam (EPD)
13. Drebar Enjin Stim
14. Penaksir Risiko Bising
15. OYK Major Hazard
16. OSH Coordinator
Cara Menjadi Orang Yang Kompeten
Mendaftar sebagai Orang Yang Kompeten (OYK) dengan JKKP perlu mengambil latihan dan peperiksaan dahulu. Latihan yang berkaitan perlu diambil di Pusat Latihan Yang Kompeten. Pusat Latihan Yang Kompeten adalah pusat latihan yang diiktiraf dan berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia.
Selepas tamat latihan, anda perlu menduduki peperiksaan di NIOSH (SHO & SSS). Jika lulus peperiksaan barulah boleh memohon untuk ditemuduga oleh JKKP. Selepas lulus temuduga, barulah sijil kompeten akan dikeluarkan kepada anda.
Untuk penerangan setiap orang yang kompeten diatas, saya akan terangkan pada artikel yang akan datang.
0 Comments